Rabu, 21 November 2012

SELAMAT DATANG RAPID KUANTAN

Stesen bas rapid Kuantan di salah sebuah kawasan perumahan
Persatuan Pemandu Bas Melayu Semenanjung Malaysia (PPBMSM) mengalu-alukan kedatangan Rapid Kuantan dan menggalakkan saingan industri pengangkutan awam yang berstatus tinggi di bandar Kuantan.
Orang ramai tentu gembira dengan perkhidmatan yang akan di berikan.
Seperti mana yang diperkatakan ia amat bersesuaian dengan matlamat kerajaan agar bandar Kuantan yang sudah lama tidak sibuk dengan kenderaan pengangkutan awam kembali dengan operasi agar lebih tersusun, kemas, dan bersepadu dangan jadual perjalanan yang diyakini oleh semua penumpang.

Bertambahnya kenderaan Rapid Kuantan berada dijalan-jalan yang diwartakan sebagai laluan bas tersebut.
Kerajaan Negeri Pahang melalui kerajaan tempatan misalnya perlu menambah atau lebih banyak membina tempat hentian bas bagi memudahkan orang ramai menunggu bas atau menurun penumpang dalam keadaan selamat.

Bukan sahaja papan tanda Rapid Kuantan yang berlogo, malah perlu lebih banyak tempat menunggu bas yang lebih selesa. Ada yang didirikan hanya 100 meter sahaja. Ini boleh menjemukan para penumpang didalam bas atau boleh mengganggu kelancaran pengguna kenderaan yang mengekori sesebuah bas. Tempat pondok bas perlu diwarnakan dengan petak kuning selari dengan panduan antarabangsa bagi mengawasi keselamatan sesebuah kenderaan pengangkutan awam.

Persatuan ini perhatikan tidak begitu banyak pondok bas dibina pada jalan jalan keluar masuk di bandar Kuantan. Jika adapun tidak seperti di Jalan Gambang. Di lain-lain jalan hanya ada beberapa pondok sahaja.

Persatuan ini menyarankan agar pemandu bas tidak dibenarkan mengambil sesuka hati penumpang selain di hentian atau pondok bas sahaja. Begitu juga untuk menurun penumpang. Kalau matlamat ini dapat direalisasikan sekurang-sekurangnya pengguna jalanraya yang lain dapat faham dan disiplin kepada semua pengguna pengangkutan awam. Ini lebih mendong pengguna agar sentiasa mengamalkan keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Tiada gunanya perkhidmatan pengangkutan awam yang canggih tetapi pemandu dipaksa mengejar penumpang tidak kira diselekoh yang tajam atau di kepala jambatan, asalkan mendapat penumpang yang ramai. Begitu juga dengan cara para penumpang yang hendak menaiki bas hanya menunggu atau berhenti dekat dengan kediaman mereka sahaja.
Kalaupun ada pondok bas yang di bina khas oleh kerajaan sekurang-kurangnya kita dapat melihat disiplin kedua-duanya dapat dipraktikkan dengan tujuan industri pengangkutan awam yang berkelas tinggi dan cemerlang dari masa ke semasa.

Pada pendapat persatuan, perkhidmatan pengangkutan awam seperti Rapid Kuantan di bandar Kuantan perlu melihat untung rugi sekurang-kurangnya dalam masa 3 tahun beroperasi. Ini kerana para penumpang khususnya akan melihat status perkhidmatan ini diyakini boleh berterusan perkhimatannya kerana percaya para penumpang boleh terarah kembali menduduki ke kampung-kampung mereka yang selama ini hanya menyewa dibandar -bandar ekoran ketiadaan pengangkutan awam yang bergerak dari kampung mereka untuk pergi bekerja.

Kemudahan asas inilah yang di nanti-nantikan oleh mereka sama ada penumpang-penumpang ini datangnya dari taman berdekatan atau lorong-lorong sebuah taman perlu di wartakan sebagai laluan atau bukan sahaja dari pusat pengajian tinggi malah pejabat -pejabat kerajan ada yang terdapat 5 kilometer dari pusat bandar Kuantan.

Kami daripada kalangan ahli-ahli persatuan pemandu bas amat teruja dengan perkembangan ini kerana ada sebuah pengangkutan awam yang berpaksikan kemudahan asas yang begitu canggih menghiasi bandar Kuantan. Saingan untuk merebut peluang sekurang-sekurangnya menjadi idaman setiap pemandu bas yang serba moden dan terkini. Tahniah Kepada Kerajaan Pahang.

Khamis, 18 Oktober 2012

KAMPUNG NELAYAN PANTAI DARAMAIN

Assalammualaikum,

Kampung Daramain adalah sebuah  kampung di daerah Perupok yang bandarnya ialah Bachok tempat pusat pentadbiran. Kalau anda dari bandar Bachok lebih kurang 4 1/2 kilometer sahaja. Asal kampung Daramain ialah (kampung seseorang yang bernama Draman) Tetapi pada surat beranak sekitar tahun 1955 kadang-kadang ada di eja "Dramain" Penulis di besarkan dikampung ini Sebuah perkampungan nelayan daripada pesisir pantai Laut Cina Selatan Jiran Kampung Daramain ini ialah disebelah kanan kampung Pantai Damak, kampung Tok Burung. Dari kiri pula ialah kampung Ketapang, dan kampung Kubang Kawah. Penduduk-penduduk kampung ini rata-rata bekerja sebagai nelayan dari punca pendapatan mereka.

Kampung ini di penuhi pokok-pokok kelapa (nyiur) di tanam secara berselerak ada di tanam atau tumbuh sendiri. Sempadan tanah masing - masing di pagar dengan pokok mengkuang dan ada penduduk yang rajin mengerat pelepah- pelepah mengkuang di proses dan  boleh di anyam dijadikan tikar.

Penduduk disini  membina rumah dari kerangka bilah nibung sebagai lantai,dan beberapa keping papan. Bilah buluh di rincis dan di anyam sebagai dinding, sama ada dinding luar atau dinding dalaman sebagai bilik.Bilik hanya satu sahaja untuk suami isteri. Kalau ada anak lelaki atau perempuan mereka dipisahkan dengan memasang kain tabir sahaja. Atap diperbuat daripada daun nipah.yang sering di  jaja oleh penjaja di keliling kampung untuk menjual kepada penduduk sebagai keperluan untuk meyulat atap-atap yang sudah reput dan bocor. Ada penduduk yang berduit (Pitis) mereka memasang atap bata perbuat daripada selut baruh (Tanah Liat) kebiasaan kilang untuk memproses atap tersebut di perolehi kawasan sungai.

Deretan perkampungan nelayan ini, biasa dirikan kerana sedikit sebanyak menjadi pusat  mendarat sekumpulan nelayan sebagai pangkalan ikan yang kebiasanya peraih-peraih  menunggu untuk membeli hasil laut nelayan-nelayan. Tumpuan daripada peraih ikan seperti Pantai Perupok, Kubang Golok, Kubang Kawah, Kampung Ketapang, Pantai Daramain, Pantai Pulau Berangan,Kampung Changgung, Pantai Melawi dan ada beberapa lagi sebagai pusat mendarat ikan.


pantai irama, bachok. (sumber gambar: Google)


Sekitar tahun 1966 seingat penulis nelayan-nelayan di sini rata-rata menggunakan perahu - perahu kecil yang hanya menggunakan kuasa layar pergi dan balik mengikut hembusan angin timur dan barat. Layar berukuran 15 kaki persegi.Kebanyakan di buat daripada kain guni gandum yang tebal, kebanyakan warna putih yang di beli daripada  Kedai Melayu dan  Cina yang berniaga di sepanjang jalan dari Bandar Bachok sampailah ke Pekan Perupok. Pernah ayah menampung layar dengan menggunakan kain bantal biasa berwarna coklat. Dan kalau balik dari laut, mudah di cam kerana layar di perahu ayah mengembirakan kami dan mudah di lihat walaupun dari jauh.

pantai nelayan (sumber gambar: Google)


Penulis pernah mengikuti ayah pergi ke laut....itupun kerana dipaksa sebab utama ayah tidak berapa sihat. Pertama kali turun kelaut dan pengalaman ini lah menjadi bahan ukur sejauh mana keperitan menjadi seorang nelayan.. Tapi rasa penat dan takut ini menjadi lebih seronok sebab melihat hasil tangkapan amat memuaskan.Ikan ikan diperolehi dengan cara mengail. Mengikut cerita ayah kadang-kadang menahan pukat sambil beranyut. Kalau mengail penulis melihat ayah meletak kedua kaki  kanan dan kiri bagi mengikat tali kail  di ibu jari kaki bagi memperbanyakkan tangkapan. Kalau di sentap serentak maka ayah menjadi kelam kabut sedikit kerana memerlukan kepantasan bagi menaikan tangkapan sebanyak mungkin.Kerana ini jarang-jarang diperolehi sebab lubuk ikan tidak selalu diperolehi.
sumber gambar ; Google


Sabtu, 6 Oktober 2012

Minat Menulis

Assalammualaikum

Terima kasih kerana banyak membantu bagi kemudahan membuat laman blog...........Adanya laman ini mudah bagi orang-orang yang berminat untuk menulis pelbagai kisah hidup sukaduka,,disepanjang kehidupan dan  pengalaman, sejarah sejak  kecil dan ia mencetus memori kehidupan yang berharga pada diri sendiri dan keluarga.Matlamat untuk menulis pengalaman hidup sudah lama di impikan.Penghasilan warkah bagi mencipta secara spontan kisah-kisah harian ditulis pada diari.




Malah cita-cita untuk menulis sejak dari bangku sekolah lagi.Galakan daripada rakan sekelas dan kawan-kawan sekampung  Dan ada seorang waris yang banyak menulis di akhbar. Beliau yang telah banyak memberi rangsangan dan ada kalanya memberi tunjuk ajar untuk menulis apa saja bentuk karya asalkan tidak meniru hak penulisan orang lain



Pernah menghantar sebuah cerpen ke Majalah Dewan Sastera tapi tidak disiarkan .(Kata seorang penulis yang berpengalaman...kalau setakat  hantar satu atau ke empat belum tentu di siarkan.Ini kerana sudah menjadi kelaziman bagi penulis muda untuk seberapa banyak karya-karya yang standard sahaja yang di fikirkan perlu untuk di siarkan ke Majalah yang berpengaruh.) Jadi untuk mencuba ke majalah lain dan telah menghantar beberapa baris sajak dan ruangan Mari Berpantun kepada penerbit Majalah Peristiwa sekitar tahun 1974.....