Terima kasih kerana banyak membantu bagi kemudahan membuat laman blog...........Adanya laman ini mudah bagi orang-orang yang berminat untuk menulis pelbagai kisah hidup sukaduka,,disepanjang kehidupan dan pengalaman, sejarah sejak kecil dan ia mencetus memori kehidupan yang berharga pada diri sendiri dan keluarga.Matlamat untuk menulis pengalaman hidup sudah lama di impikan.Penghasilan warkah bagi mencipta secara spontan kisah-kisah harian ditulis pada diari.
Malah cita-cita untuk menulis sejak dari bangku sekolah lagi.Galakan daripada rakan sekelas dan kawan-kawan sekampung Dan ada seorang waris yang banyak menulis di akhbar. Beliau yang telah banyak memberi rangsangan dan ada kalanya memberi tunjuk ajar untuk menulis apa saja bentuk karya asalkan tidak meniru hak penulisan orang lain
Pernah menghantar sebuah cerpen ke Majalah Dewan Sastera tapi tidak disiarkan .(Kata seorang penulis yang berpengalaman...kalau setakat hantar satu atau ke empat belum tentu di siarkan.Ini kerana sudah menjadi kelaziman bagi penulis muda untuk seberapa banyak karya-karya yang standard sahaja yang di fikirkan perlu untuk di siarkan ke Majalah yang berpengaruh.) Jadi untuk mencuba ke majalah lain dan telah menghantar beberapa baris sajak dan ruangan Mari Berpantun kepada penerbit Majalah Peristiwa sekitar tahun 1974.....
salam, tahniah atas post yang pertama. tak sabar menunggu untuk membaca cerita-cerita yang ingin -dikongsi di sini.. :-)
BalasPadamsalam, tahniah dan syabas atas penghasilan blog ini.. semoga kita bersama2 berkongsi cerita & pendapat di ruangan ini sebaiknya.. :)
BalasPadamterima kasih
BalasPadamsalam dan tahniah serta ingin mengucapkan selamat datang ke dunia "blogger"..moga menjadi medium yang sesuai untuk berkarya serta bertukar2 cerita..dulu,kini dan selamanya..kami tetap menyokong..
BalasPadam