Rabu, 21 November 2012

SELAMAT DATANG RAPID KUANTAN

Stesen bas rapid Kuantan di salah sebuah kawasan perumahan
Persatuan Pemandu Bas Melayu Semenanjung Malaysia (PPBMSM) mengalu-alukan kedatangan Rapid Kuantan dan menggalakkan saingan industri pengangkutan awam yang berstatus tinggi di bandar Kuantan.
Orang ramai tentu gembira dengan perkhidmatan yang akan di berikan.
Seperti mana yang diperkatakan ia amat bersesuaian dengan matlamat kerajaan agar bandar Kuantan yang sudah lama tidak sibuk dengan kenderaan pengangkutan awam kembali dengan operasi agar lebih tersusun, kemas, dan bersepadu dangan jadual perjalanan yang diyakini oleh semua penumpang.

Bertambahnya kenderaan Rapid Kuantan berada dijalan-jalan yang diwartakan sebagai laluan bas tersebut.
Kerajaan Negeri Pahang melalui kerajaan tempatan misalnya perlu menambah atau lebih banyak membina tempat hentian bas bagi memudahkan orang ramai menunggu bas atau menurun penumpang dalam keadaan selamat.

Bukan sahaja papan tanda Rapid Kuantan yang berlogo, malah perlu lebih banyak tempat menunggu bas yang lebih selesa. Ada yang didirikan hanya 100 meter sahaja. Ini boleh menjemukan para penumpang didalam bas atau boleh mengganggu kelancaran pengguna kenderaan yang mengekori sesebuah bas. Tempat pondok bas perlu diwarnakan dengan petak kuning selari dengan panduan antarabangsa bagi mengawasi keselamatan sesebuah kenderaan pengangkutan awam.

Persatuan ini perhatikan tidak begitu banyak pondok bas dibina pada jalan jalan keluar masuk di bandar Kuantan. Jika adapun tidak seperti di Jalan Gambang. Di lain-lain jalan hanya ada beberapa pondok sahaja.

Persatuan ini menyarankan agar pemandu bas tidak dibenarkan mengambil sesuka hati penumpang selain di hentian atau pondok bas sahaja. Begitu juga untuk menurun penumpang. Kalau matlamat ini dapat direalisasikan sekurang-sekurangnya pengguna jalanraya yang lain dapat faham dan disiplin kepada semua pengguna pengangkutan awam. Ini lebih mendong pengguna agar sentiasa mengamalkan keselamatan semasa menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Tiada gunanya perkhidmatan pengangkutan awam yang canggih tetapi pemandu dipaksa mengejar penumpang tidak kira diselekoh yang tajam atau di kepala jambatan, asalkan mendapat penumpang yang ramai. Begitu juga dengan cara para penumpang yang hendak menaiki bas hanya menunggu atau berhenti dekat dengan kediaman mereka sahaja.
Kalaupun ada pondok bas yang di bina khas oleh kerajaan sekurang-kurangnya kita dapat melihat disiplin kedua-duanya dapat dipraktikkan dengan tujuan industri pengangkutan awam yang berkelas tinggi dan cemerlang dari masa ke semasa.

Pada pendapat persatuan, perkhidmatan pengangkutan awam seperti Rapid Kuantan di bandar Kuantan perlu melihat untung rugi sekurang-kurangnya dalam masa 3 tahun beroperasi. Ini kerana para penumpang khususnya akan melihat status perkhidmatan ini diyakini boleh berterusan perkhimatannya kerana percaya para penumpang boleh terarah kembali menduduki ke kampung-kampung mereka yang selama ini hanya menyewa dibandar -bandar ekoran ketiadaan pengangkutan awam yang bergerak dari kampung mereka untuk pergi bekerja.

Kemudahan asas inilah yang di nanti-nantikan oleh mereka sama ada penumpang-penumpang ini datangnya dari taman berdekatan atau lorong-lorong sebuah taman perlu di wartakan sebagai laluan atau bukan sahaja dari pusat pengajian tinggi malah pejabat -pejabat kerajan ada yang terdapat 5 kilometer dari pusat bandar Kuantan.

Kami daripada kalangan ahli-ahli persatuan pemandu bas amat teruja dengan perkembangan ini kerana ada sebuah pengangkutan awam yang berpaksikan kemudahan asas yang begitu canggih menghiasi bandar Kuantan. Saingan untuk merebut peluang sekurang-sekurangnya menjadi idaman setiap pemandu bas yang serba moden dan terkini. Tahniah Kepada Kerajaan Pahang.